Pages

Friday 15 February 2013

Surver : Pendatang asing

Sudah sekian lama pokcik menghilang. Semua disebabkan kerja yang banyak. So, survey kali ini berkaitan dengan pendatang asing yang datang ke Malaysia "bagaikan cendawan tumbuh dicabut dan dijual di pasar malam".

1. Apa pendapat korang pasal kedatangan pekerja asing?
Komen pokcik : Pada awalnya, pokcik x berapa kisah sangat pasal isu ini. Sebab semua datang nak mencari rezeki untuk PIBG masing2. Pada akhirnya (ayat apo ni, ade awal akhir), pokcik pon rasa x boleh terima segolongan pendatang ni. Kenapa? Jeng3x..

2. Apakah yang akan berlaku jika pendatang asing semakin ramai bekerja di sini? 
Komen pokcik : Sebenarnya macam2 boleh berlaku. Korang sendiri pon boleh fikir. Pokcik just nak share apa yang pokcik rasa.


  • Naik turun mata wang negara. Pasal ni, pokcik malas nk explain. Pokcik bukan mata durian duitan.



  • Naik turun bilangan perempuan. Ops, sebenarnya, yang datang kebanyakan dari golongan adam. Ramai yang datang membujang, n pasang nawaitu nak kerja, tapi, korang sendiri leh tengok berapa ramai anak2 kacukan di Malaysia kini.



Bangnam style : Kacukan BANGla + vietNAM
  • Kalau dulu, kita leh kawal dorang ikut cara kita, tapi bukan sekarang. Dorang boleh bawa budaya n pengaruh yang lain. (Pokcik, smpi sekarang x boleh lupa kuah Dhal, sobab kerja di hotel bangla, dahsyat sungguh pengaruhnya)

3. Apa yang korang akan buat untuk membendung isu ini?

Terdapat pelbagai cara yang korang boleh lakukan.

Jikalau korang bos : Elakkan pengambilan warga asing walaupun penggajian dorang lebih murah.
Jikalau korang orang bawahan : Berkawan mengikut batasan. Jangan terlalu baik hati untuk memberi betis yang tidak gebu.
Jikalau korang ayam : Jangan LAYAN dorang. (jgn marah pokcik, sekadar bergurau, tiada kaitan dengan yang hidup atau mati)

Nota badan : Bekerjalah bersungguh2 seperti pekerja asing tapi jangan lupa diri. Bak kata pepatah Niki, "Just do it, not duit"




Saturday 25 June 2011

Survey: Bersenam untuk kesihatan badan

Pokcik boleh ramalkan, semua orang tahu bersenam dan kebaikannya. Tapi, korang bersenam ke? Apa yang korang dh buat? Joget setempat? Kongsikan pendapat anda di sini...

1. Sejak bila, korang tahu yang bersenam ni bagus?
Komen pokcik : Pokcik pon x sedar, tapi pokcik rasa, semua sebab cikgu PJK zaman sekolah rendah dulu. Begetar bontot pokcik main hula hoop.

Cepat cket sehat

2. Bersenam membawa kebaikan, adakah korang mengamalkannya? Berapa kerap seminggu?
Komen pokcik : Waktu di sekolah, matrikulasi n U (time jadi student), boleh kata setiap hari pokcik buat. Tapi, sejak unemployed ni, pokcik bersenam cket2 je, tengok orang berlainan jantina lalu lalang a.k.a senaman mata..

3. Apakah cara yang paling baik untuk bersenam atau mengeluarkan peluh?
Komen pokcik : Mestilah jogging. Tapi, terdapat fact baru yang dikeluarkan pakar.. Korang nak tau ke? Untuk budak laki, dorang boleh melihat gambar/foto/movie yang merangsangkan organ s e k sofon dorang selamat 10 minit. Jangan le amal selalu, rosak minda korang. Fuhhhh

Suara lelaki :" Saya sangaaaaaat suka bersenam"


4. Terdapat individu yang rajin berjogging. Kadang2, dalam satu tempat tu, hanya kelibat beliau je yang kita nampak. Apa yang korang selalu katakan dalam hati selepas melihatnya?
Komen pokcik : Lantak doranglah. Tapi kadang2, ada gak terlintas dalam hati, terkata kat orang2 camtu.. minta maaf ye.. Maybe pakaian yang dipakai terlalu ketat, sehingga membuatkan mata yang sedia besar ni menjadi lebih extra large.. kadang2, dorang silap tempat berjogging.. ada ke lalu short cut melalui shopping complex, x masuk akal...

Nota badan : Cubit peha kiri, satu badan sakit, maklumlah baru jogging satu bandar.

Thursday 23 June 2011

Survey : Movie di malaysia

Jadi hari ini, pokcik nak pandangan korang mengenai industri perfileman di Malaysia ni. Secara peribadi pokcik la, pokcik x berapa layan movie2 di Malaysia ni, bukan nak kedek or lupa daratan, tpi itulah hakikatnya. So, apa pandangan korang?

Bagaimana rating korang? 1-10 (1, tahap x pyh buat sehingga 10, addict nak tengok)
Komen pokcik : Filem kita, budaya kita.. memang btol, tpi cerita nur kasih 1 sampai ke tua lah jadinya. Pokcik bagi 3.89 (macam Dean List)

Apa genre/fiction yang menjadi kegilaan korang?
Komen pokcik : Pokcik x berapa kisah sangat, apa jenis genre pon. Dari cinton, aksi, komedi mahupun kita bako. Tapi, yang pokcik x berapa gemar, kalau satu cite tu dah mula dgn cite seram, nanti sume nak follow. Mula2 pontianak, then toyol, last2, datang plak cerita pontianak dan toyol bersiri. Idea yang sama, jalan cerita je berbeza sedikit. (cubalah ubah sikit, misalnya Ponyol or tonak, generasi yang wujud antara pontianak dan toyol) xpon cuba genre yang baru.

Hye kawan2, saya ponyol bin tonak. Seram x

Bagaimana nak mempertingkatkan industri perfileman di negara kita?
Komen pokcik : Blur kejap, sbb tgk hantu kacukan kat atas tu. Pokcik rs, patut jadikan hollywood sebagai rujukan. Bukan nak suruh tiru semua movie dorang, or suruh pelakon kita juz pakai seluar yang x nampak di mata n ditayang2. Tpi, bagaimana dorang bersungguh menerbitkan 1 filem tu. Target, satu dunia. Dari segi teknikal, tmbh je effect pape pon.

Dari mana korang menonton/mendapatkan movie di malaysia?
Pokcik kadang2 je layan TV.. wayang, tengok cerita apa ditayangkan dulu.. hanyalah d internet..... lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


Nota badan : Pokcik menutup survey kali ni dengan pepatah abang karam
 "Ikan di darat dijual, asam di air, itulah air asam"
Renung sejenak

Wednesday 22 June 2011

Survey : Maksiat, rogol, cabul ETC

Survey utk hari ini seperti title post di atas. Setiap hari, dalam paper or tv, penuh dengan kejadian rogol, maksiat n etc. Apa pandangan korng pasal isu ni?

1. Puak mana selalu dirogol?
(Komen pokcik : no komen la, x pernah pokcik tengok kaum adam dirogol lagi)

(Saya x bersalah bang)

2. Golongan peringkat umur yang menjadi mangsa.
(Komen pokcik : Erm, kalo tgk sekarang ni, bayi pon leh jadi mangsa. Budak tu nak dapat Lesen bejalan pon belum lagi.. cian.. tapi kalau andainya pakcik di tempat perogol, kompem budak2 muda.. astaghfirullahalazim.. n rasanya, opah2 lepasan 80, x pernah jadi mangsa.. x perlulah pokcik huraikan untuk ini)

3. Mengapa mereka dirogol.                                                                            
(Komen pokcik : 
  • Sebab mangsa tu sendiri : maybe terlalu seksi... or sikap dia yang x elok menyebabkan orang lain marah. 
  • Pemangsa : Seorang yg byk tgk blue or senang terpengaruh, tiada kesedaran sivik, bernafsu kambing)
(Wooof wooooooof)
4. Maksiat: adakah dah menjadi satu trend budak2 couple sekarang?
(Komen pokcik, masa becinta itu sendiri pon dah ade maksiatnya, juz bezanya korang lagi cenderung terhadap sentuhan kulit or secara ikhlas dari hati untuk bercinta.. ntah la, lemah bab ni, sbb pokcik pon penah couple)

5. Macam mana nak atasi masalah ini?
(Komen pokcik: mmg susah nk banteras, yang penting kesedaran dari kedua-dua pihak, mangsa n pemangsa. Kadang2, mangsa dah full tutup aurat, stil jadi perhatian dorang.. or, pemangsa sebenarnya orang alim, tapi disebabkan daya tarikan magnet peringkat ke-10 syaitan, x jadi juga)


Nota badan : Sebagai masyarakat yang prihatin, pokcik nk membuat kesimpulan berbentuk peribahasa sendiri:
"Sedangkan anjing boleh guna laptop, inikan pula manusia"
 Fikir2kan lah

Tuesday 21 June 2011

Survey perihal perempuan!!

Pokcik , sudah tentu seorang lelaki tulen. So, nak tahu juga pasal isi hati pompuan ni. Pokcik dah 2 tahun berenti bab2 becinta cinton ni.. 6 kali experience dgn org lain2 (wah kalau experience ni leh masuk dalam borang minta keje, kan best.. pokcik dak degree yg unemployed) Melalui pandangan korang, pokcik nk cari yg btol2, maybe leh g kawen trus nnti (doa2, mudah2an)

Soalan :
1. Mengapa dorang lebih suka menerima hadiah? (*dah kasi hati, ckup le.. ^^)
2. Apa hadiah yang pling dorang suka? (*jgn le korang suggest banglo sebesar kedai mamak plak)
3. Knapa, masa tutt x stabil, emosi pon x ok? Dok emo je..
4. Lebih senang didampingi klo ade orang ambil berat pasal salah silah dia.
5. Kadang, dorang suka menguji kesetiaan. Sanggup beli no baru or pinjam no fon kawan dan mengorat pokcik? (psychology management)
6. Kenapa, melalui sentuhan kulit menyebabkan dorang rasa lebih erat, contohnya pegang tangan (jgn korang PK yang pelik2 pula)
7. Pokcik x boleh memandang pompuan2 lebih dari 3 saat (walaupun awek sendiri). Pokcik seorang pemalu. So, x boleh ke smbil sembang tgk ke arah lain? Perlu sangat ke?
8. Suka dipujuk. Padahal, kadang2 pokcik yg ptut rs marah, tpi alih2, kita kena pujuk. Why dude, cian le pokcik dok ngalah je.
9. Wajib register kesetiaan setiap masa. Msg or tefon pling kurang sekali sehari dan tidak kurang 2 patah perkataan. (Saya ngntuk).Pokcik pon ade keje nk buat, adoi.
10. Kalau kita minat korea, dikatanya macam perempuan (abih standard muka ganaz pokcik ni)

Korang x perlu jawab semua, yang mn korang boleh share, g tau la.. (afdhal jwb je sume)
Contoh : 6. xde la, x perlu pegang tangan.. lagipon tgn saya senang berpeluh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...